background

Monday, May 27, 2013

5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan Profesion Kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT....

assalamualaikum...
Ekoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam kehidupan seharian. Jururawat turut tidak terkecuali dalam mengaplikasikan teknologi serba moden ini di dalam proses perawatan dan mengaplikasikan jagarawatan ke atas pesakit di hospital. Maka, jururawat perlulah sedar bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai dijadikan perantaraan yang berkesan dalam mempertingkatkan jagarawatan kepada pesakit kerana Jururawat pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang unik di mana para pesakit kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang terpelajar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui pesanan ringkas, penggunaan teknologi laman web (www), pesanan teks, pemain MP3, telefon bimbit dan juga YouTube. 5 langkah perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
1. Jururawat haruslah bersedia mengambil cabaran baru dan melaksanakannya di hospital. Keberkesanan perawatan kepada pesakit berasaskan teknologi maklumat merujuk kebolehan jururawat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam perawatannya serta kemampuan untuk belajar dari bahan yang disediakan. Prasarana di hospital hendaklah dipantau oleh pihak bertanggungjawab bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan jururawat. Pengetahuan dan kemahiran komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang di kalangan jururawat. Usaha mempertingkatkan pengetahuan di kalangan jururawat perlu diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan jururawat amat penting untuk membawa penggunaan teknologi maklumat ke bidang kejururawatan untuk mengaplikasikannya dalam memberikan perawatan terbaik kepada pesakit. Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan jururawat menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran .
2. Kesedaran para jururawat akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu mereka menggunakan teknologi ini dengan efektif. Setiap jururawat perlulah sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer mereka sendiri kerana, teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Kerajaan perlulah memperkenalkan langkah dan menyediakan peruntukan menggalakkan seorang jururawat memiliki sekurangnya sebuah komputer seperti langkah yang telah kerajaan lakukan, sebuah keluarga mempunyai sekurangnya sebuah komputer di rumah.
3. Penyediaan prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan jururawat berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan jururawat memberikan perawatan terbaik disamping menambah pengetahuan.
4. Kerajaan perlulah membantu dalam memberikan peruntukkan sejumlah wang dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT dalam bidang kejururawatan. Kerajaan boleh memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan dalam Kejururawatan bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti kejururawatan. Matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan jururawat. Maklumat -maklumat yang diperolehi itu sangat berguna.
5. Peranan sektor swasta banyak membantu perkembangan pengunaan ICT, kerana penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat di kalangan jururawat. Dapatlah kiranya pihak swasta menurunkan kadar bayaran untuk mengakses internet di kalangan Jururawat melalui TM-Net atau Jaring bagi mengakses internet dengan mudah.

No comments:

Post a Comment