background

Friday, May 31, 2013

ViDeO....

Semua manusia tidak lari dari sifat suka melihat sesuatu yang baru dan menakjubkan. Pada kuliah kali ini, saya telah mempelajari tentang video. Banyak juga video yang telah ditunjukkan oleh mejar jasmy dan sangat menarik tumpuan saya. Tetapi untuk membuat video bukanlah kerja yang senang seperti kita melihatnya. Terdapat banyak kemahiran dan teknik-teknik untuk membuat video. Sebelum kita mula mempelajari tentang kemahiran dan teknik-tekniknya molek kiranya kita mengetahui asal usul video.
Video berasal dari bahasa latin (vedi) bermaksud ’saya lihat’. Mesej yang disampaikan boleh didapati dalam bentuk teks,audio dan visual.video ini boleh dibuat melalui disk, tape dan video disk. Antara format-format video adalah .avi, .mpg, .flv dan sebagainya.
Video mempunyai ciri-ciri tesendiri iaitu manipulasi ruang, manipulasi masa, teknik gerak perlahan dan animasi. Pergerakan asas dalam terbahagi kepada 4 iaitu:-
i ) kamera tetap,subjek bergerak
ii) kamera tetap,subjek tetap
iii)kamera bergerak, subjek tetap
iv) subjek bergerak,kamera bergerak
Terdapat juga  pelbagai pergerakan kamera dan shot asas. Setelah mempelajari cara atau kemahiran ini membuatkan minda saya terfikir tentang setiap video,jenis apa dan pergerakan apa yang telah digunakan. Persediaan video ini terbahagi kepada 3 iaitu masa, kandungan dan perbelanjaan seperti filem-filem yang ditayangkan di pawagam, sudah tentunya memakan duit dan masa yang banyak tidak seperti video-video pendek atau iklan yang telah dihasilkan.
Seterusnya beralih kepada bahagian rakaman video, banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti rakaman video, panduan jurugambar dan juga pencahayaan. Bukan sahaja pencahayaan malah audio juga. Pencahayaan dan audio mempunyai impak yang berlainan kepada video yang akan ditayangkan.
Selesai sudah kuliah yang dikendalikan oleh mejar jasmy, pada kuliah ini banyak juga telah ditunjukkan pelbagai jenis video untuk menambah lagi pengetahuan saya. Saya sangat seronok mendengar dan melihat kuliah tentang video. Ini adalah 10 video lucu dalam perubatan yang mampu saya sediakan...Semoga terhibur

Monday, May 27, 2013

10 GAMBAR REKACIPTA & INOVASI

Ha siappun hasil keras tangan saya untuk laman ini, bahan-bahan yang digunakan adalah bahan terbuang iaitu seperti straw, dan kuboid yang boleh diperolehi apabila kita membeli peralatan elektrik...Gambar ini merupakan bahan-bahan yang digunakan...dan lihatlah hasilnya ini.....











10 GAMBAR TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PERUBATAN





1.       ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH 



Obesiti merupakan factor penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.
Alat ini berfungsi bagi mengesan keabnormalan aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya merupakan punca kepada kerosakan jantung bermula.
Dengan alat ini, kerosakan pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.




2.      GELANG RFID (Radio frequancy Identification)   



Masa kini, Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan frekuansi radio  (RFID) bagi kegunaan di hospital dan klinik-klinik di beberapa negara Eropah. RFID terdiri daripada tag yang mempunyai Cip  dan antena di sekelilingnya. Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.
Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit. Siemens telah dilengkapi dengan teknologi 'know-how' dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877. Dengan penglibatan dalam pembuatan elektro medikal dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan. Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian IT. Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID. Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, XRay serta maklumat perubatan yang berkaitan.Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun atau memuat naik data di dalamnya dari masa ke semasa. Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit. Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah kod bar kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan.




3.      ROBOT VIDEO PHONE   



Baru-baru ini, sebuah perusahaan peralatan keamanan Tsumk di Jeun  mengeluarkan produk robot anjing. Robot ini dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telepon kamera bahkan mengirim langsung wajah si pencuri. Robot ini memanfaatkan teknologi video-phone.

Teknologi robot di Jepun terus berkembang dan semakin canggih. Teknologi robot terbaru ini berbeza dengan robot sebelumnya yang boleh bersuara. Namun soal kemampuannya menjaga keamanan rumah dari pencuri, tetap dapat diandalkan.

Robot yang diperkenalkan ke publik di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telefon kamera dan mengirim langsung wajah si pencuri. Hal itu boleh dilakukan kerana robot ini dilengkapi piranti sensor yang boleh merngawasi dengan adanya pencuri yang masuk ke rumah.
Robot ini dibuat dengan memanfaatkan teknologi canggih generasi ketiga video-phone. Robot dapat disimpan di samping tempat tidur sebagai pajangan jika tidak digunakan. Dan yang lebih menarik lagi, harga robot ini jauh lebih murah berbanding robot serupa generasi pertama. Robot ini dilepas ke pasaran sekitar 300 ribu yen.



4.     STENTE   




Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancer ke jantung. Teknologi perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan-metalik. Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat, dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut. Memandangkan ia daripada bahan semulajadi. BVS selamat digunakan sebagai implant kerana ia akan habis setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.


5.      MESIN WUDU' AUTOMATIK



Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.

6.     HEMOPURIFIER PEN



Alat ini merupakan peranti mudah alih yang boleh mengasingkan virus cacar serta virus lain seperti Ebola dan Marburg di dalam darah pesakit. Alat tersebut menyerupai katrij dialysis iaitu sejenis alat bersaiz pin yang digunakan untuk membersihkan darah di dalam badan manusia di mana pundi kencingnya gagal berfungsi. Alat ini dilengkapi dengan antibodi asal  manusia seperti “cyanovirin” yang mengikat pelbagai virus dan menyingkirkannya dari dalam darah manusia.
Ia telah dihasilkan dalam 2 saiz berbeza iaitu yang lebih besar untuk kegunaan di hospital-hospital dan bersaiz pen untuk kegunaan di lapangan.



7.      KAPSUL ENDOSKOPI 



Kapsul ini merupakan alat yang digunakan untuk merakam gambar pada saluran pencernaan dalam perubatan. Kapsul ini berbentuk pil yang mengandungi sebuah kamera kecil. Setelah pesakit menelan kapsul ini, maka kamera yang terdapat dalam pil tersebut akan merakam gambar dalam system pencernaan pesakit. Penggunaan pil ini adalah untuk mengetahui keadaan usus kecil yang tidak dapat dilihat oleh mesin endoskopi lain seperti kolonoskopi. Ianya digunakan untuk mencari punca perdarahan dan sakit perut.



8.      SERBUK ANTI PERDARAHAN DARI KULIT UDANG (CELOX). 



PENDARAHAN sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh jangka masa yang panjang boleh membawa kepada kematian. Justeru adalah sesuatu yang penting untuk semua daripada kita terutamanya anggota keselamatan serta pekerja-pekerja yang perlu mengendalikan jentera berat mempunyai alat untuk menghentikan pendarahan yang boleh bertindak serta merta.
Bagaimanapun ketika ini, sekiranya berlaku pendarahan yang teruk, pesakit biasanya akan terus dirujuk di hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini kebiasaannya mengambil masa yang lama. Namun, penyelidikan yang dihasilkan oleh saintis dari SAM Medical Products di Portland, Amerika Syarikat mungkin akan merubah keadaan tersebut apabila mereka berjaya menghasilkan sejenis bahan anti-pendarahan berbentuk serbuk dari kulit udang yang dikenali sebagai Celox.
Sebaik Celox dilekatkan kepada bahagian luka yang berdarah, cas positif serbuk ini akan membuat tauk silang dengan cas negatif sel darah merah lantas menyumbat alirandarah pada bahagian luka yang lebih dalam. Proses yang hanya memakan masa kira-kira lima minit itu jauh berbeza dengan sejenis alat balutan yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan ketika ini yang bertindak pada bahagian permukaan luka sahaja. Celox juga tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pemakainya seperti kepanasan atau kesan terbakar seperti beberapa alat antipendarahan dalam bentuk serbuk lain.



9.     DIY PAP SMEAR 

 
 
80% daripada kes kanser serviks (kanser ke-5 yang paling biasa berlaku di kalangan wanita di seluruh dunia). Ianya  berlaku di negara-negara berpendapatan rendah ke pertengahan di mana pemeriksaan rutin & ujian tidak mudah didapati. Ujian Smear ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan mudah  untuk dikendalikan. Untuk memastikan  penggunaan  yang konsisten , produk ini boleh dilakukan sendiri kerana ianya disediakan dengan 6 ‘cap’ yang cukup untuk tempoh 3 tahun ujian bagi setiap 6 bulan sekali.


10. UBOX


uBox” merupakan sejenis kotak yang berperanan untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi ubat pada waktu yang tepat serta boleh dihubungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa untuk mengambil ubat, “uBox” akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu dan memberi isyarat kepada telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang perlu diambil pada waktu tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi pengambilan ubat malahan menyimpan rekod di dalam telefon pintar.